Thursday, June 11

Resolusi Konvensyen MPP Se-Malaysia


KONVENSYEN KEBANGSAAN

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPTA 2009

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

19 MEI 2009


PERKARA : RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPTA SEMPENA KONVENSYEN KEBANGSAAN MPP IPTA 2009


Majlis Perwakilan Pelajar seluruh IPT sebulat suara bersetuju dan bersepakat menggesa resolusi-resolusi ini untuk dipandang serius oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Pihak kami menggesa supaya :

  1. Mewujudkan dan menyelaraskan subjek pendidikan agama dan pendidikan bersepadu sebagai subjek wajib universiti di setiap universiti tanpa berorientasikan peperiksaan.

  1. Mewujudkan dan memperkasa garis panduan program kesenian dan kebudayaan di setiap IPT di Malaysia.

  1. Melaksanakan pendidikan agama untuk dikuatkuasakan secara berterusan di IPT seluruh negara TANPA berorientasikan peperiksaan.

  1. Menubuhkan satu jawatankuasa pengambilan pensyarah dan pelajar antarabangsa dengan mengetatkan syarat seperti memperkenalkan ”entrance exam”

  1. Mengembalikan elaun Latihan Industri (LI) kepada pelajar yang sedang menjalankan latihan

  1. Mempertingkatkan usaha penterjemahan karya-karya akademik bahasa asing kepada Bahasa Malaysia.

  1. Menambah peruntukan dalam Rancangan Malaysia (RMK) bagi menggantikan peralatan-peralatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lama kepada peralatan dengan teknologi terkini bersesuaian dengan industri semasa.

  1. Mencadangkan kepada pihak KPT untuk mewujudkan sekretariat di peringkat KPT untuk memantau dan mengawal selia segala perbincangan atau resolusi yang dicapai dalam perbincangan di peringkat universiti atau kebangsaan lantas membangunkan satu sistem “Pusat Informasi MPP” bagi membolehkan maklumat tentang tindakan yang diambil berkaitan dengan resolusi mudah dicapai dan mempunyai kesinambungan dari satu kepimpinan ke satu kepimpinan.

  1. Mencadangkan kepada pihak KPT untuk memperkasakan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi Malaysia (AkePT) agar dapat melahirkan pemimpin masa hadapan yang berkaliber lantas memperkasakan “Persatuan Alumni MPP se Malaysia” bagi membolehkan persatuan ini membantu dalam menjana kepimpinan mahasiswa.

  1. Mencadangkan agar pihak KPT dapat menggesa dan menyarankan kepada semua pentadbiran universiti menyediakan bantuan komputer riba bagi digunakan oleh Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar untuk memudahkan segala urusan dan juga kesinambungan ini dapat diteruskan dari tahun ke tahun bagi membolehkan maklumat itu jelas dari semasa ke semasa. (Filing maya)

  1. Mencadangkan kepada pihak KPT agar dapat memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa IPTS untuk terlibat secara langsung dalam program-program kepimpinan dan latihan sebagai mana yang diterima oleh mahasiswa IPTA.

  1. Memperdalam pemahaman mahasiswa terhadap budaya pelbagai kaum dalam pentas yang lebih formal.

  1. Semua ahli politik supaya TIDAK mengekploitasi dan mempergunakan mahasiswa demi kepentingan politik masing-masing dan menggesa semua mahasiswa supaya tidak terlibat dalam kepentingan parti politik.

  1. Mengiktiraf pergerakan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalah pergerakan yang bebas dan berkecuali.

  1. Mempercepatkan proses meningkatkan pemahaman pelajar mengenai AUKU melalui pengajaran dan pembelajaran secara ilmiah dan sistematik.

  1. Menggesa media supaya lebih berintegriti dalam memainkan peranan sebagai medium penyampaian maklumat dan memberi ruang yang lebih luas kepada mahasiswa untuk menyuarakan pandangan dan suara.

  1. Mewujudkan satu dana khas bagi semua jemaah YDP dan Presiden MPP seluruh IPT di Malaysia untuk bersidang mengikut keperluan.

  1. Menyelaras dan memberi pendedahan secara lebih komprehensif kursus asas keusahawanan dan latihan praktikal kepada seluruh IPT di Malaysia.

  1. Menubuhkan sebuah Student Business Centre (SBC) yang bekerjasama dengan firma luar (IKS). SBC ini bertujuan untuk :

    1. Memantau dan menasihati aktiviti keusahawanan mahasiswa.
    2. Menyediakan garis panduan yang selaras untuk aktiviti keusahawanan mahasiswa.
    3. Menyediakan peruntukan modal dan 40% daripada keuntungan yang diperolehi dimasukkan ke dalam tabung amanah kebajikan mahasiswa.
    4. Memastikan perniagaan mahasiswa didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
    5. Menyediakan lebih banyak program berbentuk keusahawanan.

  1. Menyediakan tabung keusahawanan di bawah kendalian SBC di setiap IPT di Malaysia.

  1. Menyarankan pihak pengurusan dan pentadbiran setiap IPT membuka tender yang strategik sebanyak 70% kepada pelajar dan 30% kepada orang luar.


Sekian.


Yang benar,



.....................................................

(MOHD SYAMSUL BIN SALLEH)

Pengerusi

Jemaah YDP dan Presiden MPP IPT SeMalaysia.



0 comments:

Post a Comment

 

Blog Jemaah YDP MPP Se-Malaysia Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008