Saturday, June 20

MPPK


PEMBENTANGAN KERTAS KERJA MAJLIS PERUNDINGAN PELAJAR KEBANGSAAN (MPPK)

ISU :“Cadangan Penubuhan Pusat Kajian Non-traditonal Securiy Issues


Disediakan oleh : Farid Aswan Bin Ismail

Setiausaha Agung MPP UPNM

A. RINGKASAN EKSEKUTIF (1 muka surat)


Pusat Kajian Non-traditonal Securiy Issues (NTS) adalah luahan ilham kerana perlunya satu pusat kajian di dalam mengkaji isu-isu bukan tradisi yang saban hari menjadi semakin penting. Penubuhan pusat kajian ini adalah atas kesedaran banyaknya isu-isu seperti isu keselamatan sempadan negara,isu keselamatan makanan negara, isu keselamatan politik, keselamatan kesihatan dan pelbagai lagi isu-isu keselamatan bukan tradisi yang harus di ambil kajian oleh kerajaan. Kita tidak mahu sesuatu isu itu hanya di selesaikan secara bermusim seperti yang kerap kali berlaku di negara ini. Pusat Kajian Non-traditional security issues ini juga sebenarnya adalah pusat di mana golongan – golongan pemikir akademik berkerja dan melaksanakan kajian mereka di dalam memberikan cadangan kepada kerajaan dan ahli-ahli politik dan badan-badan berkanun bagi menjalankan dasar-dasar pentadbiran. Kita haruslan mencontohi seperti negara singapura yang telah menubuhkan pusat kajian seperti ini. Sebagai hasilnya, segala tindakan kerajaan singapura adalah berdasarkan sumber-sumber akademik dan berdasarkan fakta-fakta dan kajian.Tidak terkecuali pelajar-pelajar juga boleh di masukkan sebagai salah satu daripada cabang-cabang pemikir di dalam memberikan sumbangan kajian kepada Pusat Kajian ini.

A. PENDAHULUAN

Keselamatan terbahagi kepada dua aspek iaitu keselamatan tradisi dan bukan tradisi.Keselamatan tradisi adalah keselamatan berbentuk ketenteraan yang melibatkan peperangan contohnya perang konvensyenal dan peperangan menentang insurgensi.Manakala keselamatan bukan tradisi adalah isu-isu keselamatan yang tidak melibatkan operasi ketenteraan untuk berperang. Contohnya keselamatan simpanan air negara, isu alam sekitar dan masalah sosial di kalangan remaja, dan ancaman penyakit.Kita haruslah sedar akan kepentingan menjaga keselamatan negara bukan dari aspek tradisi sahaja malah keselamatan bukan tradisi.

Menurut Ragnar Redbeard di dalam buku The Survival of the Fittest menegaskan bahawa sesiapa yang mempunyai kuasa ketenteraan yang kuat maka beliau mampu menentukan undang –undang siapa yang betul atau salah. Walaupun idea ini di gelar idea Darwinisme dan kuno dari segi fundamentalnya , namun ia tidak lagi boleh di terima oleh masyarakat dunia yang berpaksikan keadilan sejagat.

Kekuatan tidak menjamin keselamatan.Sebagai contoh biarpun Amerika syarikat mempunyai kekuatan ketenteraan yang hebat dan canggih namun mereka masih terancam keselamatanya daripada sudut-sudut yang lain. Ancaman keselamatan yang di maksudkan bukanlah dari aspek tradisi, tetapi aspek bukan tradisi .Ancaman yang itu adalah seperti ancamtian wabak SARS, pencemaran, jenayah, dan sebagainya.Oleh itu jelaslah pada kita keselamatan adalah sesuatu yang subjektif dan bukanya eksklusif.

Persoalan yang harus di fikirkan oleh kita adalah adakah kita benar-benar bersedia menghadapi ancaman bukan tradisi yang sedang hangat di bincangkan oleh badan – badan dunia ini? Sedar atau tidak sebenarnya pun telah diancam oleh unsur-unsur keselamatan bukan tradisi ini. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita haruslah peka mengenai ancaman halus ini kerana ia hanya boleh di tangani dengan kerjasama dan kajian yang menyeluruh oleh semua pihak .Kita haruslah mencontohi jiran kita Temasik yang terlebih dahulu daripada kita dengan menubuhkan sebuah pusat kajian Keselamatan Bukan Tradisi ( Non Traditional Security Center). Malaysia juga haruslah mengikut jejak langkah yang sama di dalam mengkaji isu-isu keselamatan bukan tradisi kerana memandangkan kepentinganya pada masa ini.

Pertikaian kepulauan Spratley merupakan salah satu contoh kes betapa pentingya kajian menyeluruh mengenai isu keselamatan bukan tradisi ini kerana ia menjadi satu bidang yang luas dan kompleks. Biarpun kepulauan emas hitam tersebut menjadi pertindihan tuntutan daripada 6 buah negara yang berkepentingan tertentu, namun isu itu berjaya di selesaikan dengan cara rundingan tanpa sebarang pertumpahan darah.Walaubagainapun, mulai Mac 2009 , mengenai usul yang dikeluarkan oleh PBB setiap negara haruslah menghantar sempadan dasar lautnya untuk di rekodkan oleh PBB sebagai bukti persempadanan. Oleh itu, kemungkinan timbul semula isu milik siapakah kepulauan Spratley amatlah besar. Malah isu perebutan sempadan dan pulau-pulau lain sekitar perairan negara juga mungkin akan di bangkitkan semula.Maka dengan itu Malaysia haruslah bersedia dari sekarang. Dapat kita lihat di situlah wujudnya kepentingan kajian dan dasar keselamatan negara di beri keutamaan.

B. ISU DAN MASALAH

Keselamatan Air

Isu keselamatan bekalan air juga adalah salah satu perkara penting yang harus kita di bincangkan. Menurut bekas setiausaha pertahanan Britain, John Reid meramalkan jika dunia ini akan berperang suatu hari nanti ia adalah di sebabkan oleh perebutan sumber air. Saban hari bekalan air bersih dunia semakin berkurang. Biarpun bumi ini dilitupi oleh 70% air namun 97.5 % daripadanya adalah laut masin.Cuma 2.5 % sahaja air daripada permukaan bumi ini boleh diminum.Daripada jumlah itupun 1.6 % adalah ais beku yang tidak boleh diminum maka hanya tinggal 0.036 % sahaja air yang boleh digunakan untuk kehidupan harian yakni air tasik dan sungai.Manusia hanya boleh hidup 3 hari tanpa air.Oleh itu dapat bayangkan betapa pentingnya isu keselamatan sumber air ini dan harus diberi keutamaan.

Atas kesedaran inilah, negara maju seperti Amerika syarikat telah mengambil langkah yang pragmatis di dalam memastikan bekalan airnya sentiasa terpelihara. Mereka menubuhkan Divisyen Keselamatan Air yang anggotanya di latih secara teknikal untuk memastikan kelangsungan bekalan air sentiasa terpelihara di waktu kecemasan.Selain itu juga, mereka telah menubuhkan Pusat kajian Khas mengenai Keselamatan air dan Pusat Strategi Keselamatan air bagi mengumpulkan idea dan mengumpul segala maklumat mengenai potensi ancaman keselamatan dan teknologi yang mampu menyelesaikan konflik air ini.

Menurut Bahagian Kajian Keselamatan Amerika, usul langkah melindungi keselamatan air negara itu sebenarnya telah dicadangkan oleh enam orang Panglima Armada laut Amerika dan lima orang Panglima tentera darat yang menggesa pentadbiran presiden Bush melakukan sesuatu mengenai perkara tersebut.Mereka menyedari bahawa isu air ini bakal menjadi ancaman yang serius jika tidak di tangani dengan segera. Hegemoni seperti Amerika Syarikat pun tidak terkecuali daripada ancaman keselamatan air maka apatah lagi negara kita yang berdaulat ini. Kajian dan penyelidikan mengenai keselamatan air dan teknologi bidang ini haruslah di teroka dan menjadi perhatian warga institusi pengajian tinggi khasnya. Kita haruslah memegang kepada falsafah melayu “sediakan payung sebelum hujan” kerana pasti kita tidak mahu demam di timpa hujan kelak.

Keselamatan Bekalan Makanan

Selain daripada itu, isu keselamatan bekalan makanan juga haruslah di berikan perhatian yang serius. Keselamatan bekalan makanan bolehlah ditakrifkan sebagai keadaan dimana semua orang mampu mendapat makanan yang mencukupi dan mampu dimiliki dengan harga yang berpatutan. Ini bermaksud sekiranya makanan ruji sesuatu masyarakat itu di jual terlalu mahal maka ia akan dianggap sebagai keselaman makanan negara itu sudah terancam. Krisis ancaman keselamatan makanan mungkin terjadi secara sementara ataupun menjadi kronik. Menurut kajian WFP setiap 6 saat terdapat seorang daripada kanak-kanak dunia meninggal dunia akibat krisis makanan. Ini adalah kerana kurangnya kesedaran mengenai betapa pentingnya kesedaran menjaga keselamatan bekalan makanan kerana ia boleh menimpa mana-mana Negara di dunia.Pasti kita tidak lupa tentang krisis kekurangan beras di negara ini tidak lama dahulu yang mengemparkan penduduk negara. Isu ini timbul ekoran kebergantungan negara terhadap beras import yang tinggi daripada Thailand sehingga kelangsungan bekalan tidak jika terjamin.Bayangkan suatu hari nanti kemungkinan berlaku konflik dengan negara pengimpot tersebut dan mereka enggan membekalkan beras kepada negara kita, maka pasti impaknya akan membawa kesan yang amat besar. Negara boleh ditimpa kekacauan dan huru hara.Atas kebijaksanaan kerajaan maka beras dicatu supaya mampu diperolehi oleh semua golongan ekoran kenaikan harga beras.Catuan beras merupakan cara penyelesaian yang baik ,namun adakah kita bersedia untuk menghadapi krisis ini sekali lagi sekiranya ia sampai ke tahap yang lebih serius? .Langkah jangka panjang haruslah di ambil untuk memastikan bahawa negara mampu bertahan bukan sahaja daripada bekalan beras namun bekalan makanan yang lain seperti tepung , gula dan sebagainya. Dasar yang pernah dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi bahawa “Pertanian Adalah Perniagaan” haruslah di pandang serius oleh semua pihak. Ia bertujuan untuk menggalakkan pertanian dan mampu untuk meningkatkan bekalan makanan negara sekiranya di ancam krisis.

.Seperti kata pepatah inggeris “ Hungry people will make angry people”. Jika sesebuah negara itu mengalami kekurangan makanan yang serius maka kesan terhadap masyarakat sosial adalah serius. Atas kesedaran itulah kerajaan menggalakan perkembangan industri pertanian dan Agrikultur sebagai salah satu usaha menjamin rizab bekalan makanan negara terus kekal. Walaubagaimanapun , suatu langkah strategik haruslah di ambil untuk memastikan kita sentiasa bersedia menghadapi apa-apa kemungkinan ancaman keselamatan makanan

Namun masyarakat Malaysia mempunyai tabiat yang buruk iaitu gemar mengambil kesempatan atas kenaikan harga barangan sesuka hati sekiranya berlaku kenaikan yang kecil pada bahan makanan , ataupun minyak. Sebagai contoh, kenaikan harga minyak baru-baru ini juga member kesan kepada harga secawan kopi di Malaysia. Ironinya, apakah perkaitan antara secawan kopi dengan harga minyak dan diesel yang naik itu? Kurangnya sikap altruisme dikalangan rakyat yang sentiasa mementingkan poket sendiri menjejaskan keselamatan makanan di dalam jangka masa panjang.Sikap tanggungjawab ini haruslah disemai dari peringkat akar umbi lagi agar ia tidak menjadi duri dalam daging masyarakat.

Selain itu juga ,USDA (United State Development Agriculture) telah mendapati bahawa di setiap 70 buah negara yang berpendapatan rendah terdapat 1 billion rakyat negara-negara tersebut mengalami krisis keselamatan makanan.Kawasan yang paling teruk dilanda oleh krisis makanan adalah kawasan pedalaman dan perkampungan. Ironinya , makanan asas ini sebenarnya di hasilkan daripada kawasan pedalaman dan kampung namun disitulah awal mula masalah serius ini. Ironinya adalah kebanyakan daripada mereka yang mengalami masalah ini adalah mereka yang tinggal di kawasan pedalaman di mana sejumlah besar sumber makanan tersebut di di hasilkan.

Maka ini membuktikan bahawa sekiranya negara tersebut mempunyai bekalan makanan yang banyak sekalipun namun ini tidak menjamin bahawa rakyat negara tersebut mampu membeli makanan itu. Faktor kemiskinan merupakan punca utama masalah sedemikian ini berlaku.

Manusia adalah makhluk yang inginkan pembangunan dan kemajuan demi kesejahteraan hidup. Tiada apa yang dapat menghentikan keinginan manusia untuk terus maju selain dari alam sekitar yang menghentikanya. Perubahan klimaks dan bencana alam akibat nodaan pembangunan telah banyak memberikan kesan merupakan ancaman kepada keselamatan manusia. Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru – baru ini adalah satu manifestasi alam kepada manusia bahawa akibat daripada kesejagatan alam di ganggu amatlah besar.Ia berpunca daripada struktur tanah yang tidak stabil di kawasan tersebut sehingga menyebabkan runtuhan yang dasyat berlaku.Isu keselamatan Alam Sekitar bukanlah sesuatu yang di remehkan. Menurut laporan Suruhanjaya Eropah yang mengkaji kesan perubahan klimaks sahaja, seramai 160,000 kematian telah di catatkan dalam masa setahun di seluruh dunia. Kesan perubahan kecil suhu dunia pun telah menyebabkan pelbagai musibah contohnya banjir besar, kepanasan yang melampau dan ribut taufan.Malaysia yang dahulunya terkecuali dengan ancaman gempa bumi dan masalah alam sekitar yang besar kini tidak terkecuali. Baru-baru ini Jabatan Meteorologi di Sandakan Sabah mengesan gempa bumi dengan kekuatan 3.4 magnitud kira-kira 105 kilometer ke utara Sandakan.Walaupun ancaman tersebut dikatakan kecil dan tidak akan menyebabkan tsunami namun fenomena seperti ini sudah mula menggemari Malaysia.

Daripada kajian di seluruh dunia yang di catatkan oleh UNESCO mengesahkan bahawa aktiviti manusialah yang merupakan punca kepada perubahan suhu dunia dan meningkatkan kesan rumah hijau di atmosfera, dan menyebabkan kepanasan global. Apabila kita membakar bahan-bahan tertentu tanpa kawalan ia kan membebaskan gas Karbon Dioksida (CO2) ke atmosfera yang menyebabkan haba daripada matahari teperangkap di situ dan hab tersebut kembali ke bumi. Inilah yang di namakan kesan rumah hijau.Suhu purata dunia telah meningkat sebanyak 0.6 °C sepanjang sedekad yang lalu. Biarpun jumlah itu di anggap sebagai sesuatu yang kecil namun ia telah memberi banyak kesan seperti kesan perubahan musim dan retaknya glasier di kutub utara.

C. CADANGAN

CADANGAN

Terlalu banyak isu-isu kesematan Tradis yang harus di perbincangkan dan di kaji oleh kita bagi memastikan polisi negara terus menjamin kedaulatan negara.Oleh itu, cadangan bagi mewudukan sebuah pusat kajian keselamatan bukan tradisi adalah dilihat sebagai sesuatu yang amat diperlukan. Cadangan perlunya pusat kajian seperti ini adalah salah satu langkah demi mencapai wawasan 2020 yang semakin hampir.

Cadangan kepada usaha ini adalah dengan membahagi-bahagikan pusat kajian “Non Tradisional Security” kepada beberapa sektor supaya dapat lebih fokus kepada misi di dalam menjayakan usaha ini.MIsi kepada pertubuhan Pusat Kajian NTS ini adalah bertujuan untuk menyediakan rangka perancangan dan kajian menyeluruh kepada polisi yang bakal negara hadapi.

Perkara-perkara ini dapat di laksanakan dengan beberapa cara iaitu :

1) Memantapkan pemahamanan mengenai Isu NTS dan cabaran –cabaran di Asia Pasifik dengan cara menekankan kepada pengetahuan daripada polisi yang diamalkan dan mengenalpasti tindakan – tindakan terbaik negara dan badan-badan tertentu di dalam menghadapi cabaran-cabaran tersebut.

2) Selain itu juga NTS juga mampu berperanan sebagai Platform terbaik bagi menentukan polisi-polisi negara khsusnya di Asia dan isu-isu di rantau ini.Sebagai contoh, Isu Pulau Pisang.

3) Pusat Kajian NTS ini juga di lihat dapat menjadi hub kepada jaringan informasi kepada badan-badan antarabangsa di dalam mendapatkan maklumat dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu NTS demi kebaikan rakyat.

5) Merangka plan di dalam menghadapi keadaan – keadaan cemas di masa-masa tertentu dan memastikan negara sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan.

6) Mengatur strategi di dalam menghadapi krisis kemanusian dan krisis politk dan pelbagai ancaman yang mungkin timbul akibat globalisasi.

7) Membantu di dalam menyumbang idea kepada kerajaan di dalam menangani isu-isu global dan menjadi pusat kajian di dalam memberikan respon terbaik kepada isu NTS.

Antara cadangan yang boleh di fikirkan adalah dengan membahagikan Pusat Kajian NTS ini kepada beberapa cabang ilmu kajian:


Keselamatan Ekonomi

Kesematan Ekonomi adalah faktor yang paling penting di dalam memastikan kegagahan sebuah negara itu terus berdiri. Kita boleh meletakkan beberapa tokoh-tokoh di dalam kajian Keselamatan ekonomi negara. Sebagai Contoh: Tun Dr. Mahathir dan Tan Sri Dato' Sri Zeti Akhtar Aziz .

Keselamatan Makanan

Keselamatan makanan juga tidak kurang pentingnya. Bidang kajian ini harus meliputi plan strategic bekalan makanan negara, kebergantungan kepada makanan import,hubungan kesinambungan bekalan makanan dengan negara serantau dan juga tahap kualiti makanan di negara ini.Kajian ini haruslah memikirkan jangka masa panjang survival negara di masa akan datang.


Keselamatan Kesihatan

Keselamatan kesihatan adalah perkara yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini berikutan timbulnya pelabagai penyakit-penyakit baru daripada kesan globalisasi dunia. Bahagian ini harus menyediakan maklumat di dalam isu-isu di dalam memastikan keselamatan kesihatan rakyat Malaysia terus terpelihara,

Keselamatan Alam Sekitar

Alam hanya satu. Polisi yang jelas mengenai alam sekitar harus menjadi peranan di dalam bidang kajian ini. Isu-isu yang boleh di kaji adalah isu tanah runtuh, isu pembalakaan haram, isu pupusnya sepsis terancam dan sebagainya.Keselamatan Alam sekitar juga boleh meliputi langkah proaktif di dalam menangani isu-isu bencana alam tertentu seperti Tsunami, gempa bumi dan sebagainya.


Keselamatan Politik

Malaysia yang merpakan negara yang berbilang kaum adalah merupakan salah satu keajaiban dunia yang harus di pertahankan.Oleh itu cabaran-cabaran politik di dalam mempertahankan keunikan ini seharusnya menjadi fokus kepada bidang keselamatan politik ini. Seperti contoh isu demokrasi, perlembagaan dan perkara-perkara hubungan antrabangsa dan serantau.


Keselamatan Individu

keselamatan individu bermaksud keselamatan seseorang insane itu di dalam mendapatkan keperluan harian dan meneruskan cabaran kehidupan. Sebagai contoh bagaimana pelajar-pelajar Universiti di negara ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pelajar di Universiti lain . Isu lain adalah mengenai isu pekerjaaan dan strategi negara di dalam menghadapi cabaran penganguran dan peningkatan kadar jenayah. Maka bidang keselamatan ini dapat member input ng berguna kepada kerajaan.

Penglibatan Mahasiswa

Peranan mahasiswa juga harus di titik beratkan. Mahasiswa juga boleh dilibatkan dengan cara memberikan maklumat-maklumat mengenai isu-isu tertentu.Setiap Universiti boleh di berikan salah satu daripada cabang-cabang ilmu yang di gariskan di atas.Ini dapat memberikan satu sumbangan yang jelas dan secara langsung kepada penentu polisi negara. Sebagai Contoh, UPM boleh di letakkan di bawah cabang ilmu Keselamatan Alam sekitar dan cadangan kepada polisi dan plan strategik keselamatan makanan negara. Dengan cara ini, selain daripada penglibatan golongan professional dan pakar, mahasiswa sebagai generasi muda juga tidak ketinggalan di dalam membantu negara mencapai wawasan 2020.

D. KESIMPULAN

Isu keselamatan bukan tradisi ini sebenarnya amatlah luas dan menarik untuk di terokai. Mahasiswa khususnya.Kita haruslah berfikiran futuristik di dalam memastikan kesentosaan negara di letakkan di tempat yang teratas. Ilmu-ilmu keselamatan haruslah di berikan perhatian yang secukupnya kerana sehebat manapun kekuatan ketenteraan sesebuah negara tersebut,ia tidak menjamin keselamatan yang hakiki. Keselamatan bukanlah suatu komodoti yang boleh di jual beli begitu sahaja.Sebaliknya ia adalah suatu emansipasi rakyat yang wajib dipelihara dan menjadi tanggungjawab kita untuk memastikanya.Ia boleh memberikan impak yang besar dari segi ekonomi,persengketaan antara negara,dan boleh meyebabkan negara itu hancur sama sekali.


1 comments:

yonggu on June 20, 2009 at 1:24 PM said...

terus memimpin

Post a Comment

 

Blog Jemaah YDP MPP Se-Malaysia Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008