Friday, June 26

MPPK


ISU : PEMBANGUNAN WANITA
PENUBUHAN MAJLIS MAHASISWI NASIONAL ( MASISNA)

Disediakan oleh :

UNIVERSITI MALAYA

A. RINGKASAN EKSEKUTIF

Ekoran pelbagai masalah yang dihadapi oleh wanita hari ini mengajak pihak kami meneliti kembali peranan mahasiswi yang perlu diperkasakan supaya memberi fungsi di peringkat nasional khususnya.
Ini kerana, wanita memainkan peranan yang penting sebagai ibu, isteri dan juga anggota masyarakat dan mampu menjadi penyumbang kepada segala aspek kestabilan negara.
Isu berkaitan eksploitasi wanita dalam media semasa, pelacuran, kahwin paksa, penglibatan dalam najis dadah, dan lain-lain lagi semestinya membimbangkan kita, sedangkan kerajaan menekankan tentang aspek modal insan dalam setiap pelaksanaannya.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan pelbagai NGO luar yang selama ini berfungsi menganjurkan pelbagai bentuk aktiviti dilihat akan lebih efektif dengan penglibatan golongan mahsasiswi Institut Pengajian Tinggi. Tidak lagi dilihat sebagai peserta semata-mata, malah berkebolehan menyumbangkan pandangan dan idea bernas.


B. PENDAHULUAN

Segelintir masyarakat memandang remeh peranan wanita sebagai pendidik masyarakat dan hari ini, dan menolak peranan besar yang dimainkan oleh wanita itu sendiri institusi keluarga dan masyarakat.
Mahasiswi kampus pula merupakan golongan pelajar yang bakal berfungsi kepada masyarakat setelah terjun ke dalam masyarakat itu sendiri. Bermakna, dalam memastikan kejayaan sesebuah negara dalam meletakkan wanita ditempatnya bergantung juga pada produk yang dihasilkan daripada sesebuah institusi pengajian tinggi.
Pemerkasaan wanita ini dilihat penting melibatkan semua pihak yang memberi perhatian khusus untuk pembangunan diri secara holistik. Oleh yang demikian, segala idealisme politik yang bersifat berkepentingan sendiri harus ditolak tepi dan meletakkan agenda pendidikan dan pemerkasaan wanita sebagai agenda utama.


C. ISU DAN MASALAH

Isu wanita yang dibahagikan kepada sosial, media massa, pendidikan, ekonomi merupakan fokus kertas kerja dibentangkan.
1. Sosial ; penglibatan remaja yang menyumbang kepada masalah sosial negara kebanyakannya melibatkan pelajar di institusi pendidikan negara tidak kira kerangka umur mereka.
2. Media massa ; peranan media dalam mengekspressi wanita dalam konteks berlakunya pengeksploitasian terhadap wanita.
3. Pendidikan ; Usaha menampung dan memperkasakan golongan wanita yang semakin mendapat tempat di pusat-pusat pendidikan.
4. Ekonomi ; Bagaimana wanita boleh berfungsi sebaik mungkin sebagai anggota masyarakat, wanita berkerjaya dan ahli keluarga.
5. Agama ; Kurangnya pemerkasaan spiritual wanita.


D. CADANGAN

1. Penubuhan Majlis Mahasiswi Nasional (terdiri daripada semua kepimpinan wanita dalam Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia, Institut Pengajian Tinggi)
JUSTIFIKASI :
• Berfungsi sebagai badan yang mendepani setiap isu wanita negara dan berhubung secara terus dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Badan bukan kerajaan dan pihak-pihak Kementerian yang lain.
• Bertindak sebagai badan yang bersifat responsif dan mempunyai pendirian sendiri dalam menyuarakan hak dan kebajikan wanita mahasiswi Universiti.
• Mendapat perhatian secara khusus oleh pihak Kementerian yang terlibat dalam segala hal yang diperjuangkan.
• Melahirkan golongan wanita intelektual yang bersedia untuk terjun ke dalam masyarakat dan menyumbang kepada negara.


PROSES


2. Menyelaraskan peranan Biro Hal Ehwal Wanita disetiap kampus dalam memastikan segala keputusan dan gerak kerja berkaitan mudah dilaksanakan.
• Memastikan setiap kampus IPTA/IPTS mempunyai biro khusus untuk menjaga kebajikan mahasiswi dan bergerak dengan portfolio yang membawa agenda kewanitaan.
• Kerahan sumber manusia jika diperlukan sukarelawan diperingkat nasional, berhubung secara terus dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
3. Melibatkan Majlis Pimpinan Mahasiswi Nasional dalam perbincangan tentang isu kewanitaan diperingkat nasional.


E. KESIMPULAN

Besar harapan agar niat murni ini dapat dilaksanakan dan diterima baik oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana dengan tertubuhnya Majlis ini pihak kementerian sendiri memberi perubahan yang baik diperingkat mahasiswi dan kementerian.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Jemaah YDP MPP Se-Malaysia Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008